Bagiku,peluang yang telah diberi oleh Ckgu Supiah untuk menyertai kem di Gombak amat berharga bagiku..Pada 10 oktober,aku bersama 39 orang kawan sekolahku telah bertolak dari Cameron ke Gombak..Saat yang ku nantikan telah tiba.Aku sampai disana pada pukul 2 petang.Aku terpegun dengan keindahan air sungai yang jernih..Setelah mendengar taklimat Ckgu Jinggo,kami dibenarkan mandi sungai..Ketika mandi disungai,berlaku satu kejadian yang mencuit hatiku bersama gengku..Aku tidak dapat melupakan kejadian tersebut...Selepas bermandi-manda kami solat..Pada perancangan fasi disana kami harus menjelajah sebuah gua yang dikatakan sebelum sampai harus mengharungi kubur orang asli..Nasib kami baik,hujan pada malam tersebut dan kami tidak jadi ke gua..Disana kami telah mengenali seorang fasi yang 'agak' hensem,macho dan banyak lagi yang bernama Shah rizal ataupun Ckgu Mario..Banyak lah juga gurlz yang try die..Termasuk aku dan gengku..Hari kedua.kami ke waterfall..wow.Sungguh indah ciptaan illahi..Dengan bantuan Ckgu Mario,,kami dapat menghayati keindahan dibawah waterfall.Pada ketika itu,,pelbagai adegan ditonjolkan seperti adegan memegang tangan,peluk-memeluk,dukung-mendukung dan banyak lagi..Tidak dapat aku ungkapkan perasaanku ketika itu..Selepas waterfall,Kembara si Buta..Aktiviti ini adalah aktiviti yang paling kami benci kerana kami perlu 'mandi lumpur'..Eww..Bau badan kami seperti kerbau ketika itu.selepas itu team building game dijalankan..Aku setengah mati mengangkat budak dari tahun 3 sehingga 5..Huhh.betapa besarnya pengorbananku..Malam tersebut,,kami perlu membuat persembahan..Kami amat gembira dan aku telah 'wakenabeb' dengan diorang semua..Taknak kawan..Malam itu juga air mata ku menitis kerana kesedihan yang teramat sangat..Aku tidak percaya akan meninggalkan fasi-fasi dan kem tersebut..Bagiku aku ingin tinggal disana bersama kengkawan ku...Hari terakhir aku disana,aku termenung diluar sambil mengunyah gula-gula getah.Biarlah aku menatap keindahan kem ini buat terakhir kalinya..Majlis perpisahan diadakan dan aku menitiskan air mataku sekali lagi.tidak apa menerima kenyataan yang aku akan meninggalkan kem ini...sekarang aku merindui suasana di kem dan fasi-fasinya.To jinggo,mario,tomato n kedondong..3G will always love u..

No comments:
Post a Comment