Sunday, November 2, 2008

Happy Deepavali

Aku taw dah lambat nak masukan post nie..tapi aku nak kongsi ah gak kan..Waktu deepavali ari 2 aku pun beraya jugak..X caye nie hah gambarnyer..

Best taww..Itili,murku,tosai,puri,yang best tu kuih batu..Nak patah gigi gigit kuih nie..Teruk giler..Tapi best,dah lar sedap..Baek punya..

Friday, October 31, 2008

Sedihnyer...

Apa perasaan anda bila guru kesayangan anda terpaksa meninggalkan anda.Pasti anda akan mengulang balik waktu seperti perasaan aku sekarang...Tak sangka cikgu yang paling aku sayang akan meninggalkan aku dan kawan-kawan..Majlis perpisahan cikgu nur Hikmah diadakan pada petang ini..Persediaan telah kami buat dengan rapi dan teratur...Kek telah kami beli..








Memang ah mula2 best kan ada KFC lagi 2..Best kan..Tapi kesedihan memang tak boleh diungkapkan oleh aku pada waktu itu..Dalam senyuman ada tangisan..Nie lah cikgu hikmah





First2 mmg ah best,siap pose waktu makan KFC lagi tu!!



Ermm..Yummmyy..tak dapat aku lupakan..Kenyang.Takper,kenangan bersama tiada ku lupa...aAku sempat tangkap gambar bersama dia dan abang sedara ku..


Apa khabar cikgu Hikmah skang??Rindu kat dier..

Thursday, October 23, 2008

Huhhh..Seramnya!!

Pada pagi nie,aku kalah tipis berlawan dengan Adiboh(bkn nama sebenar)21-19 n 21-18..Geramnyer..Lagi sikt jer lagi..Huh.akhirnya aku lepas kegeraman aku di library T.R(tanah rata)Tak sangka jumpa Abang Botak kat sana..Dia tunggu kawan dia..Tengok die semacam je.Muka dia macam orang marah.Pastu kawan dia datang..Ahh..Pada mulanya hanya menolak bahu,,selepas itu satu tendangan kuat diberi pada kawannya..Aku hanya boleh menahan ketakutan melihat abg botak sebegitu..Satu lagi tendangan diberi tepat ke perut kawannya.Tidak pernah seumur hidupku melihat dia sebegitu..Huhh.Aku sudah tidak berani membuat 'tepuk abang botak' takut kena tendang ngan dia..Takut..dia memang macam tu..Nie bukan gosip.nie kenyataan..kalo orang sakit jantung tgk abg botak mcmtu,,dah arwah dah orang sakit jantung tu skarang..Tak tahan tengok die macamtu apalagi blah balik ah..Ikutkan hati aku nak report jer kat Cikgu Sopiah.Biar padan muka dia.tapi aku tak sangup..Sian kat die..Jangan aku yang jadi mangsa buli dia plak sudahlah.Mintak Allah jauhkan..Ehhh.Seramnya..

Wednesday, October 22, 2008

Aku,dia dan........

Hari ini mengajar aku sedikit moral tentang ketabahan seorang anak yang ingin berdikari dan tidak mahu menggunakan sedikit pun duit ibu bapanya...Baginya dia sudah cukup dewasa untuk menanggung diri sendiri..akhirnya dia bingung memikirkan duit rombongan ke langkawi dan duit yang diperlukan untuk membeli sebatang raket badminton yang ingin dia bayar dengan duit sendiri..Walaupun tahu dengan kemampuan dirinya,dia tetap dengan pendiriannya'hidup harus berdikari'.Aku tahu dia tidak mahu menyusahkan ibu bapanya,tetapi dia tidak harus menyeksa dirinya tanpa meminta sedikit pertolongan daripada ibu bapanya..Ibu mana yang ingin melihat anaknya didalam kesusahan.Pasti ibunya akan menolong dia..Walaupun aku tidak pernah berdikari dan hanya mengharapkan ayah memberikan segalanya padaku,aku tahu ibu bapa tidak akan membiarkan anaknya didalam kesusahan..Tak leh cite panjang-panjang nanti nangis plak...

Tuesday, October 21, 2008

Memori Tercipta...

Bagiku,peluang yang telah diberi oleh Ckgu Supiah untuk menyertai kem di Gombak amat berharga bagiku..Pada 10 oktober,aku bersama 39 orang kawan sekolahku telah bertolak dari Cameron ke Gombak..Saat yang ku nantikan telah tiba.Aku sampai disana pada pukul 2 petang.Aku terpegun dengan keindahan air sungai yang jernih..Setelah mendengar taklimat Ckgu Jinggo,kami dibenarkan mandi sungai..Ketika mandi disungai,berlaku satu kejadian yang mencuit hatiku bersama gengku..Aku tidak dapat melupakan kejadian tersebut...Selepas bermandi-manda kami solat..Pada perancangan fasi disana kami harus menjelajah sebuah gua yang dikatakan sebelum sampai harus mengharungi kubur orang asli..Nasib kami baik,hujan pada malam tersebut dan kami tidak jadi ke gua..Disana kami telah mengenali seorang fasi yang 'agak' hensem,macho dan banyak lagi yang bernama Shah rizal ataupun Ckgu Mario..Banyak lah juga gurlz yang try die..Termasuk aku dan gengku..Hari kedua.kami ke waterfall..wow.Sungguh indah ciptaan illahi..Dengan bantuan Ckgu Mario,,kami dapat menghayati keindahan dibawah waterfall.Pada ketika itu,,pelbagai adegan ditonjolkan seperti adegan memegang tangan,peluk-memeluk,dukung-mendukung dan banyak lagi..Tidak dapat aku ungkapkan perasaanku ketika itu..Selepas waterfall,Kembara si Buta..Aktiviti ini adalah aktiviti yang paling kami benci kerana kami perlu 'mandi lumpur'..Eww..Bau badan kami seperti kerbau ketika itu.selepas itu team building game dijalankan..Aku setengah mati mengangkat budak dari tahun 3 sehingga 5..Huhh.betapa besarnya pengorbananku..Malam tersebut,,kami perlu membuat persembahan..Kami amat gembira dan aku telah 'wakenabeb' dengan diorang semua..Taknak kawan..Malam itu juga air mata ku menitis kerana kesedihan yang teramat sangat..Aku tidak percaya akan meninggalkan fasi-fasi dan kem tersebut..Bagiku aku ingin tinggal disana bersama kengkawan ku...Hari terakhir aku disana,aku termenung diluar sambil mengunyah gula-gula getah.Biarlah aku menatap keindahan kem ini buat terakhir kalinya..Majlis perpisahan diadakan dan aku menitiskan air mataku sekali lagi.tidak apa menerima kenyataan yang aku akan meninggalkan kem ini...sekarang aku merindui suasana di kem dan fasi-fasinya.To jinggo,mario,tomato n kedondong..3G will always love u..

Monday, October 20, 2008

3G Memang Hebat!!

Hari nie,aku telah memberitahu gang 3G tentang blog nie dan mereka menyuruhku untuk mengisi blog nie dengan kitaorang punya biodata..
Ketua:Fatin Farhana@Fafa
Ahli-ahli:Puteri,Diyana,Fahana,Isya,Anis dan Izzati..
Kitaorang memang unik..Mempunyai Misi,Visi dan Moto tersendiri..Tidak termasuk Cogan kata lagi..Lihatlah bertapa hebatnya kitaorang...

Kawan-Kawanku
















Ini adalah gambar kawan-kawanku.Sorry 4 Diyana n Izzati..Nanti aku add gambar kome yerk..Bagi ku setiap hari bersama memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada sesama insan..Dan tak lupa juga gambarku...Kenangan bersama tiada kulupa......